Sunday, May 16, 2010

pulau perhentian (13-15 May 2010)

welcome to pulau perhentian to me...pulau perhentian sememangnye pulau yang amat cantik...air yang jernih sampai dapat melihat dengan jelas pasir dan anak ikan didalam air....pasir pantai yang sangat cantik.
Hari pertama. sampai dlm pukul 5.oo ptg..kita semua mkn then terus terjun laut....memang best mandi kat situ...tp air pantai sememangnye masin..hihihihihi....
Hari kedua. Hari yang sangat memenatkan tapi amat menyeronokan...aktiviti snorkling bermula pukul 10.00 pagi. Kedalaman aktivit snorkling ini adalah setinggi 20 meter dari dasar laut iaitu dianggarkan rumah dua tingkat..kitaorang menaiki bot nelayan ke tempat snorkling yang pertama..semua peserta hendaklah memakai safety jacket dan goggle..kita di kehendaki mensnorkling di 4 tempat yang berbeza dan mempunyai pemandangan yang berbeza. mula2 berada dlm laut itu,hati ku sangat takut...adakah aku akan selamat?huh!..tapi aku yakin kita semua akan selamat..so aku memulakan snorkling aku menerokai laut itu...di situ kita dapat melihat keindahan batu karang yang berada didasar laut..bila kita berada di dalam air, ikan-ikan datang ke arah kite..perasaan ku sgt geli melihat ikan2 ku di sekeliling ku...batu karang di dasar laut sangat lah cantik..aku juga berpeluang melihat sendiri ikan jerung yang agak besar...kita juga sempat singgah di satu perkampungan nelayan yang sangat damai dan cantik...air jagung yang amat special... di malam hari pulak,kita mengadakan BBQ. hidangan BBQ adalah sotong, ikan dan ayam.
Hari ke tiga.Pukul 10.30 pagi kita orang akan meninggalkan pulau ini...sedih dan pilu saje...muka, tangan dan kakiku menjadi itam.hihihihihihi....dan aku still merasa aku berada di laut walaupun berada di darat...masih rasa hanyut lagi....
pulau perhentian mmg best!



2 comments:

  1. besh nye buleh mandi kat pulau..teringin sgt nk p perhentian..huhuhu mesti itam dok duk mandi je..hehehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha...mmg best kak marina...sampai hangus lengan n kaki saya..tp sgt best!...

    ReplyDelete